Loading...
Thursday 17 September 2015

Gary Is Back!!

Keesokan harinya doktor menelefon aku di pejabat meminta kebenaran untuk mengambil darah Gary 2 kali untuk membuat kajian. Kos untuk ujian darah percuma. Ini perkara biasa di Hospital Veterinar UPM kerana mereka sentiasa membuat kajian tentang penyakit kucing untuk mendapatkan rawatan dan penawar penyakit. Di sinilah doktor-doktor pelatih belajar hampir setiap hari dengan tunjuk ajar dari tenaga pengajar bertauliah.

Aku tanyakan keadaan Gary. Kata doktor Gary nampak lebih sihat dan dah mula makan sedikit. Lega hati aku..

Selepas 2 hari doktor menelefon lagi memberitahu tentang keadaan Gary yang semakin pulih. Walau bagaimanapun dia mungkin ditahan di wad selama 2 minggu untuk pastikan dia benar-benar sembuh. Aku jadi risau memikirkan kos yang terpaksa ditanggung.

Setelah berbincang dengan mama kami nekad nak bawak Gary balik. Doktor tidak menggalakkan dan inform yang kami terpaksa sain borang untuk bertanggung jawab sekiranya Gary mati dalam jagaan kami. Aku sain borang dan bawa Gary balik hari Jumaat.

Setelah ditolak diskaun, kos rawatan Gary selama 5 hari ialah RM680.00 jauh bezanya dengan hospital veterinar swasta yang mengenkan bayaran lebih RM1,000.00 sehari!!! Doktor memberi ubat dan juga antibiotik untuk Gary selama 2 minggu. Selepas tempoh itu kami kena bawa dia ke hospital semula untuk check up dan rawatan susulan. Alhamdulillah... takdelah sampai beribu.. aku pun bukannya ada duit sangat..

Gary is back. Kami kurung Gary selama sebulan dan lepas rawatan susulan di hospital, Gary mula bermain seperti biasa.

Gary - 7 bulan

0 comments:

Post a Comment

Komen le...

 
TOP